Perkhidmatan Lagu DEMO & SINGLE
Melograph Studio berbesar hati untuk menawarkan perkhidmatan penghasilan lagu DEMO & SINGLE anda. Khas untuk mereka yang minat berkarya dalam muzik dan mencari-cari platform terbaik untuk mengetengahkan bakat dan karya anda.
Perkhidmatan kami adalah antara yang terbaik dan memuaskan serta pantas dan berpatutan. Kami juga sediakan untuk anda konsultasi secara PERCUMA !
Jika Anda Menghadapi Masalah Seperti Berikut :
Anda ada lagu tapi tidak tahu bagaimana cara untuk pasarkan lagu tersebut
Anda ada material seperti lagu dan lirik tetapi buntu untuk mencari hala tuju susunan muzik dan sebagainya
Anda hanya rakam lagu dalam telefon sahaja, kemudian merasa rugi jika tidak diterbitkan
Anda ingin menceburi bidang muzik dengan lebih serius tetapi belum mempunyai apa-apa lagu
Pernah rakam di mana-mana studio, tapi lagu anda tak siap-siap dan tak menepati citarasa anda
Anda mahu hantar lagu pada Syarikat Rakaman tetapi tiada DEMO untuk ditunjukkan
Nak jana pendapatan dengan lagu-lagu yang anda cipta
Masalah-masalah lain yang berkaitan
Pakej yang kami tawarkan untuk anda
Kami sediakan pakej yang menarik untuk anda nilai dan membuat pilihan yang terbaik !
Perkhidmatan Lagu Iklan & Jingle
Selain Rakaman Demo & Single, kami juga menyediakan perkhidmatan untuk melagukan produk-produk anda !
Khas untuk Founder, Pemilik syarikat, Pemilik bisnes & Produk. Dengan lagu produk anda yang mudah diingat, catchy dan terngiang-ngiang, sudah pasti produk anda bakal dapat perhatian dari pelanggan-pelanggan baru.
Muzik adalah elemen yang sangat penting untuk produk anda. Ianya menjadi salah satu daya penarik untuk orang tahu tentang produk anda walaupun tidak membelinya. banyak kajian dah membuktikan bahawa lagu produk mampu menjana engangement yang tinggi kepada pengguna. Antara contoh produk yang berjaya dengan Jingle adalah produk adabi.
Adabi... melazatkan...
Adabi.. menyelerakan....
Mengandungi berbagai rempah...
Melazatkan kari dan kuah.....
Baru baca pun mesti anda dah melekat dengan lagu adabi yang ada 'hook' ni kan ? Sambil baca sambil menyanyi hehehe.
begitulah impak lagu produk terhadap jenama dan produk anda kepada pengguna dan pendengar. Kalau zaman di sekolah dulu pun, cara kita nak ingat sesuatu perkara adalah dengan cara melagukan fakta tersebut.
Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayyub, Shuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad.
Haaa bila anda baca sahaja nama-nama diatas, anda mesti akan automatik melagukan nama-nama tersebut dengan lagu Raihan - 25 Rasul bukan ?
Lagu-lagu ini sudah lama dihasilkan dan lihatlah kesannya sehingga ke hari ini. Kekuatan Adabi makin terserlah apabila mereka mengukuhkan lagi jenama mereka melalui lagu di media melalui Jingle yang catchy, senang ingat dan kekal segar dalam ingatan.
Sehingga ke hari ini kita masih boleh ingat lagi melodi lagu tersebut ! Betul-betul punya power strategi pemasaran mereka. Anda pula sebagai pemilik bisnes dan produk, anda cuba bayangkan jika anda di tempat Adabi ?
Jika Adabi mampu lakukannya, pasti anda juga boleh !
KENAPA PEMILIK PERNIAGAAN PERLU ADA JINGLE ?
Jingle bertindak sebagai agen jualan anda secara tidak langsung
Senjata pemasaran yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada kempen pemasaran anda
Mengukuhkan jenama anda dalam pasaran yang semakin sengit
Pengguna akan lebih ingat jenama anda berbanding pesaing anda
Muzik sebagai alat untuk menarik perhatian kumpulan sasaran anda dan menimbulkan minat mereka untuk membeli
Iklan berbentuk video mampu tangkap 'mata' yang melihat. Jingle pula mampu menangkap 'telinga' yang mendengar
KAMI SANGAT BERBESAR HATI SEKIRANYA KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM MENAIKKAN JENAMA PERNIAGAAN ANDA. PASARAN SEMAKIN SENGIT DENGAN KEMUNCULAN PRODUK YANG SEMAKIN BANYAK.
Terbaik dari segi perkhidmatan buat lagu dan arrangement muzik untuk cover lagu.
Siddiq Fadzil
Sangat berpuas hati kerana lagu yang diinginkan menepati citarasa dan kehendak pembeli.
Firdaus Shahir
Komen saya Melograph memberi layanan mesra kepada pelanggannya, dan selalu follow up perkembangan lanjut.
Arif Arsyad
Servis yang ada sekarang sangat memuaskan dan terbaik.
Ahnaf Bakar
Pakej lagu Jingle !
Pakej 30 saat
Sesuai untuk diiklankan di radio. lagu yang catchy dan akan diulang-ulang sehingga orang ingat jenama anda.
RM3499/Lagu
2 versi lagu produk 30 saat
Penyanyi disediakan
Melodi
Lirik
Susunan Muzik
Rakaman Instrumen
Mixing & Mastering
Demo siap seawal 14 hari (Request fast demo seawal 7 hari, add-on RM500)
Bayaran lump sum jimat RM250
Pakej 30 saat + Lagu Full Version
(Recommended)
Lagu berdurasi 30 saat dan bonus satu lagu berdurasi lebih dari 1 minit. Sangat sesuai untuk iklan berbentuk video dan juga iklan radio.
RM4499/Lagu
1 lagu produk 30 saat
PERCUMA 1 lagu produk lebih 1 minit
Penyanyi disediakan
Melodi
Lirik
Susunan Muzik
Rakaman Instrumen
Mixing & Mastering
Demo siap seawal 14 hari (Request fast demo seawal 7 hari, add-on RM500)
Bayaran lump sum jimat RM250
PERCUMA versi muzik sahaja
