
Retaining Program
Tujuan dan matlamat utama kami
“Retaining Program” atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Program Pengekalan merupakan sebuah program di mana pihak kami akan sentiasa membantu syarikat dalam usaha untuk menjenamakan produk secara bulanan dan bukannya hanya sekadar ‘one-off” kerjasama yang tidak akan mendatangkan keuntungan antara satu sama lain. Pihak kami akan sentiasa mengerah tenaga dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan material dan bahan yang cukup untuk syarikat supaya ianya kekal aktif dan mempunyai aktiviti sekaligus menarik minat pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang telah dihasilkan.
Material yang disediakan adalah dalam bentuk audio dan video termasuk lagu produk, scoring, voice over, instrumental, lagu untuk iklan video ataupun radio, video korporat, content yang melibatkan audio dan video yang berkualiti dan segala yang berkaitan.
Idea ini tercetus atas beberapa faktor :
Berdasarkan penyelidikan tentang penjenamaan sesebuah produk.
Peluang pemasaran yang semakin meluas dan ke hadapan dalam kalangan masyarakat seperti media sosial dan sebagainya.
Selaras dengan misi sesebuah syarikat untuk menjadikan produk mereka terus kekal relevan sampai bila-bila.
Sumber dan teknologi semasa yang semakin giat membangun membuatkan kita perlu seiring dengan trend dan apa yang memenuhi keperluan masa kini.
Ended
15,000 Malaysian ringgitsEnded
12,000 Malaysian ringgitsEnded
8,000 Malaysian ringgits

